Sahabat,
Dikala ku bersedih, kau hadir disisi
Meniup semangat mengingatkan itu tarbiyah Ilahi
Dikala ku gembira, kau jua mengingatkan
"Jangan lihat kemanisan selepas pengorbanan sebagai satu kemenangan"
"Kerana ia mungkin satu ujian"...
Wahai sahabat,
Apakah hati ini ikhlas
Perasaan yang mendiam dalam diri
Mengasihi sepenuh hati
Haraplah benar segalanya kerana Ilahi
Maafkan andai ada kesilapan
Yang mungkin hasil dari bisikan syaitan
Mahupun dari segala kekurangan
Terkadang ianya di luar kawalan
Wahai Tuhan kami,
Izinkan kami bertemu lagi
Di jannahMu yang indah nan abadi
Jangan tinggalkan walau salah satu dari kami di sini...
nuhibbukunna FILLAH...ameen
Tuesday, June 20, 2006