YFriday, December 16, 2005
“Di zaman Rasulullah saw, seseorang yg menganut Islam telah melucutkan segala sesuatu yg jahilliyah darinya. Apabila dia memulakan penghidupannya sbg seorang Muslim, dia seolah-olah memulakan penghidupan baru yg terpisah jauh dari kehidupannya yg lampau di alam jahilliyah. Dia akan bersikap waspada terhadap kehidupannya yg lampau dan merasai segala yg telah dilakukannya sebelum memasuki Islam adalah kotor dan tidak diterima oleh Islam. Dengan perasaan rendah diri dia mengharapkan Islam untuk memberikannya petunjuk. Sekiranya dia didorong oleh nafsunya pada sesuatu waktu atau sekali-sekala dia merasa lemah utk menjalankan tanggunggjawabnya, nescaya dia akan berasa bersalah dan berdosa dan akan cepat-cepat membersihkan dirinya drpd apa yg telah berlaku dan akan berusaha untuk mengikuti panduan di dalam Al Quran.
Maka dia akan memisahkan kehidupannya sbg Muslim dgn zaman lampaunya yg jahilliyah. Seterusnya, selepas mengambil keputusan yg waras, dia akan memutuskan segala perhubungan dgn jahilliyah dan akan mengikuti Islam sepenuhnya. Walaupun begitu akan terdapat di dalam kegiatan seharian perhubungan dan perniagaan dgn kaum musyrikin tetapi perhubungan ini tidak berdasarkan fahaman yg sama, hanyalah perhubungan kegiatan hidup.”
Abu ‘Urwah, Risalah Usrah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, pp. 155-156, 1984.
nuhibbukunna FILLAH...ameen
Friday, December 16, 2005
YSaturday, December 10, 2005
Ya Allah,
Aku masih jahil
Layakkah aku untuk menyampaikan
Walau hanya dengan tulisan
Mahupun sindiran
Ya Allah,
Aku memang sungguh jahil
Ilmu masih cetek
Juga kurang akhlak yg baik
Hingga ada yg pelik
Ya Allah,
Hanya padaMu aku berserah
Buatkanlah hatiku tabah
Agar aku tidak rebah
Kerana hanya Engkau yg layak disembah
Ya Allah,
Ajarkan aku ilmuMu
Sebenar-benar ilmu yg membawaku kepadaMu
Maafkan aku di atas ketidaktahuanku
Juga diatas kesalahan, mahupun kegagalan
Ya Allah,
Berilah aku kekuatan
Berilah aku kekuatan
Berilah aku kekuatan
nuhibbukunna FILLAH...ameen
Saturday, December 10, 2005
YMonday, December 05, 2005
Sanah hilwah ya Hana aka achik diucapkan! semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah hendaknya..n also wanna wish our beloved nenek selamat pengantin baru.rase cam x caye nenek dah selamat melangkah ke baitul muslim..ucu dah bagi achik lagu, so ni nk bg nenek lagu pulak la..eheh..
Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup
Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu
Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga
kami d cucu of faiqah sentiasa mendoakan atuk n nenek bahagia hingga ke syurga..
amin...
nuhibbukunna FILLAH...ameen
Monday, December 05, 2005