<!-- --><!-- --><style type="text/css">@import url(http://www2.blogger.com/css/navbar/classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/13562991?origin\x3dhttp://alfaiqah.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www2.blogger.com/navbar.g?blogID=10821235" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
YThursday, November 10, 2005
got this from a fren,n in my humble opinion,
worth pondering=)
every word..
it kinda like jerked me back to reality..
so like just thot of sharin it wif my sisters=)

>Wajah yang BerCaHaya..
>
>Assalamualaikum warahmatullah...
>
>Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi
>bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan
>sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.
>Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai
>keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin
>& orang2 yang beramal soleh...
>
>Bismillahir Rahmanir Raheem...
>
>Beberapa minggu yang lepas saya berpeluang ke Markaz Tabligh Kempas, Johor
>Bahru bersama abang saya. Tujuan kami adalah untuk berjemaah Maghrib dan
>Isyak di sana sambil mengmbil pengajaran dari sessi bayan yang diselitkan
>antara kedua waktu tersebut. Maka pergilah kami berdua menaiki Perodua Rusa
>Abang saya dengan lengkap berpakaian sebagaimana lazimnya orang hendak ke
>masjid.
>
>Tiba di suatu simpang lampu merah, kami terpaksa beratur seperti mana orang
>lain. Di tepi jalan kelihatan seorang pemuda yang kelihatan seperti
>berbangsa India sedang mengangkat potongan kertas2 kecil sambil berteriak
>"Mapipo! Mapipo!". Jika di KL, rasanya mapipo lebih dikenali dengan mapiau.
>Bila tiba di sebelah Rusa abang saya pun, dia mengangkat2 kertasnya seolah2
>bertanya adakah kami mahu membelinya.
>
>Melihatkan kami diam, dia meneruskan perjalanannya ke kenderaan yang di
>belakang. Dapat saya perhatikan abang saya mengekori langkah si penjual
>tadi dengan ekor matanya. Seketika kemudian abang saya menoleh kepada saya
>seraya berkata "Kita dah pakai macam ni pun dia masih nak jual? Agaknya
>kenapa?" Saya hanya tersenyum. Tak terfikir pula soalan sebegini.
>
>Saya katakan, mungkin kerana sebelum ini pernah ada orang yang berpakaian
>seperti kami membeli mapipo daripadanya. "Mungkin," katanya. "Tapi bagi
>abang sebenarnya sebab Nur Allah tidak ada dalam pada muka kita." Apa
>pulak... Getus hati saya. Kita orang Islam. Kita solah, puasa dan bermacam2
>amalan lain. Kenapa pula tidak ada Nur Allah? Saya mendiamkan diri sebagai
>menghormati pendapatnya.
>
>Bayan di malam itu memang cukup hebat. Rasanya semuanya tepat ke atas muka
>saya walaupun si pemberi bayan lebih bermaksud tentang dirinya sendiri.
>Antara lain dalam bayan tersebut banyak menyentuh tentang letaknya kalimah
>'Laailaha illallah' dalam diri kita. Kebanyakan kita meletakkan kalimah itu
>di mulut. Bukan di hati. Maka kerana itu tidak terbit cahayanya pada wajah
>kita.
>
>Katanya, orang yang dalam hatinya ada kalimah tersebut, wajahnya akan
>mendatangkan kedamaian. Sesiapa yang di dalam hatinya ada Allah, maka
>wajahnya akan mengingatkan orang kepada Allah. Jika orang hendak berbuat
>dosa, tatkala terpandang wajahnya, akan terbantutlah niat orang itu tadi.
>Begitu juga, orang yang belum solat misalnya, akan teringat akan solat yang
>ditinggalkannya apabila melihat wajah orang yang hatinya ada Allah...
>
>Beberapa hari kemudian saya dipanggil berkursus di Subang Jaya. Seperti
>biasa, saya akan menaiki bas ekspress dari JB dan turun di Puduraya. Begitu
>juga ketika pulang. Saya biasanya akan balik melalui Puduraya. Alang2
>sampai ke Puduraya, saya selalunya akan mengambil peluang meronda2 Petaling
>Street (PS). Entah mengapa, suka sangat rasanya saya ke sana walaupun belum
>pernah lagi saya beli apa2 di sana selama ini.
>
>Sampai2 sahaja ke PS, seorang pemuda Cina menegur saya. "Bang! Mau ka?
>Blue pun ada bang. Melayu punya..." Saya cuma mengangkat tangan tanda
>menolak. Kemudian seorang lagi. Tetapi kali ini pemuda Melayu. Saya tenung
>mukanya. Dia masih boleh buat selamba. Hm... Terfikir saya. Pernahkah orang
>seperti saya membeli VCD lucah dengan penyangak2 ini?
>
>Lantas saya teringat kata2 abang saya. Kerana Nur Allah tidak ada pada
>wajah saya. Apabila saya ke tandas kemudiannya, saya membelek wajah saya di
>cermin. Hm... Masih tidak kelihatan seperti muslim sejatikah aku ini? Saya
>bertanya kepada diri sendiri. Mengapa ya? Mengapa ada orang yang masih
>ingin menjual VCD lucah kepada saya? Kalau Cina masih boleh difahami.
>Tetapi orang Melayu...
>
>Akhirnya saya terima kata2 abang saya. Saya percaya pada wajah saya tidak
>ada serinya seperti wajah para sahabat yang benar2 meyakini kalimah
>'Laailaha illallah' itu. Teringat saya pada suatu kisah. Di zaman para
>sahabat, orang2 kafir dan yahudi amat2 patuh kepada Amirul Mukminin.
>Apabila tiba masa pungutan cukai, para sahabat datang dengan pakaian yang
>bertampal di sana sini.
>
>Akan tetapi orang kafir dan yahudi amat menghormati mereka. Mereka
>melambakkan harta di depan rumah mereka sambil berkata "Ambillah mana2 hak
>Allah." Setelah mengambil seberapa banyak yang patut, mereka pun pulang.
>Selepas masa silih berganti, para sahabat diganti dengan para tabien.
>Ketika ini kerajaan Islam benar2 utuh dan mewah. Tentera Islam telah
>berpakaian besi.
>
>Namun, apabila mereka menghampiri orang kafir dan yahudi ini, mereka (para
>kafir dan yahudi) bertanya "Di manakah orang yang pakaiannya bertampal yang
>datang mengutip cukai dahulu?" Tentera itu menjawab "Mereka semua telah
>mati". "Pergilah! Tidak ada cukai untuk kamu. Dan tunggulah sehingga nanti
>kami akan perangi kamu!" Begitu balasan orang kafir dan yahudi kepada
>tentera Islam tersebut.
>
>Inilah sebenarnya. Gentarnya musuh Islam terhadap muslim bukanlah kepada
>kebendaan yang kita ada. Sebaliknya mereka gentar dengan ketaqwaan yang
>wujud dari dalam. Kerana ketaqwaan itulah yang memancarkan Nur Allah pada
>muka orang yang memilikinya. Dan Nur Allah inilah yang akan menerangi
>setiap jalan yang gelap dan membuatkan musuh2 Islam dan orang2 munafiq
>tunduk melihatnya.
>
>Namun, hendak meletakkan kalimah Laailaha illallah di dalam hati bukanlah
>semudah yang disangka. Cukupkah dengan bersolat 5 waktu sehari semalam,
>puasa di bulan Ramadhan, berzakat dan naik haji membolehkan kalimah
>Laailaha illallah itu melekat dalam hati? Sesungguhnya tidak! Soal ini
>bukan soal ibadah semata2. Ini soal percaya. Ini soal yakin. Sejauh mana
>yakinnya kita kepada apa yang kita yakini.
>
>Memang mudah untuk kita, apabila berlaku satu2 bencana, katakan ini semua
>ketentuan Allah. Tetapi sejauh manakah hati kita mampu terima itu ketentuan
>Allah? Benarkah kita mampu untuk tidak mengeluh apabila berlaku satu2
>kesusahan dalam hidup kita? Anda pasti? Berani saya katakan, saya tidak
>pasti. Mungkin saya tidak sampai peringkat bunuh diri tetapi sekurang2nya
>rasa sedih dan serabut tetap wujud juga.
>
>Sedang orang yang benar2 mencintai Allah, akan terima segala apapun yang
>berlaku atasnya dengan penuh redha. Susah atau senang dia akan tersenyum.
>Apa juga bencana atau khabar gembira dia tetap akan bersolat memohon
>rahmat. Inilah orang yang dijanjikan jalan kebahagiaan. Inilah orang yang
>saya maksudkan pada wajahnya terdapat Nur Allah yang mengundang rasa
>gementar pada hati orang yang tidak beriman.
>
>Saya tidak sampai ke tahap itu. Walaupun belajar untuk redha dengan
>kesusahan yang saya terima, namun kadangkala terlahir juga sedikit keluhan
>dari mulut ini. Namun apabila tersedar, segera berastaghfar. Begitu juga
>dalam menghadapi ujian dan dugaan sehari2. Mata ini... Terlalu gemar
>melihat yang cantik. Walaupun saya amat menekankan berkenaan penutupan
>aurat, namun jika perempuan seksi melintas depan mata, tetap menjeling
>juga.
>
>Juga di dalam pergaulan sehari2. Jika ada pertentangan pendapat, begitu
>cepat untuk saya melenting. Jika difikir2kan kembali, rasanya saya jauh
>dari sifat muslim yang sejati. Bagaimanakah mungkin orang dengan kualiti
>seperti saya ini mampu memancarkan Nur Allah yang lahir dari ketaqwaan
>hati? Sesungguhnya tidak. Maka sewajarnyalah mereka yang di PS tidak takut
>atau segan menjual VCD lucah kepada saya...
>
>Bukanlah saya hendak membuka pekung di dada. Bukan juga dengan niat
>menunjuk pandai. Demi Allah tiada. Ini hanyalah sebahagian daripada
>pemikiran saya yang saya harap dapat kita kongsikan bersama. Pada
>kebiasaannya setiap penulisan saya mampu mengingatkan diri saya sendiri.
>Itulah sebenarnya harapkan. Harus saya sebut berulang kali niat saya ini
>kerana saya bimbang ada pula nanti yang tersalah anggapan...
>
>Marilah saudara2 sekalian. Marilah kita berusaha untuk meningkatkan
>ketaqwaan kita. Agar Allah sudi memancarkan NurNya pada wajah2 kita.
>Marilah kita bersama menguatkan keyakinan kita kepada ketentuan Allah.
>Semoga kita berjaya sampai ke syurgaNya. Seungguhnya tidak ada kejayaan
>tanpa usaha. Dan tidak ada usaha tanpa doa. Semoga Allah memberikan
>keberkatan ke atas kesekalian kita...
>
>Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk
>adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,
>
>Wassalamualaikum warahmatullah
>
>-Abu Naqibah-




nuhibbukunna FILLAH...ameen
Thursday, November 10, 2005







alfaiqah.blogspot.com

...kerana taqwa itu di hati

Y Faiqah

Name:alfaiqah
DOB:10 june 2005



Y Interest

Allah ghayatuna.
Rasulullah qudwatuna.
Al Quran dusturuna.
Al-Jihadu Sabiluna.
Al - Mautu Fisabilillah Asma 'amanina

Y hiwar

here.

Y Links

Y Past

Y Credits