dulu hati ini memberontak
tak mahu belajar di negara orang
takut diri keseorangan
takut diri rasa kehilangan
ALLAH Maha Mengetahui
rupa-rupanya ALLAH nak beri hadiah
sebuah lagi keluarga
hati berasa gembira
hati berasa bahagia
di sini aku dapat
nenek rugged yang penuh kesabaran
ummi tegas yang penuh kasih sayang
kaklong yang kian matang
kakngah yang tekun menambah ilmu
alang yang serba boleh
tam yang perahsia
ude yang senantiasa girang
achik yang gembira
ucu yang menambah keceriaan
semuanya aku sayang
semuanya aku hargai
diharap keluarga ini bagaikan air
tidak akan putus walau dicincang
sedikit hari lagi
akan terpisah sementara
pasti aku
akan merindui
saat-saat kebersamaan
nuhibbukunna FILLAH...ameen
Monday, November 21, 2005