Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa
penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa
dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana
beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk
sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk
menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-
pembantunyajuga diarahkan untuk meletak ketulan-
ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas
tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan
kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit
sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-
mereka yang bertanggung jawab telah menghantar
beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot
dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada
26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam
disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi
beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi
selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu
beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,
mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga
adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama
Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.
Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak
menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana
tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi
dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama
EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun
sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya
hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi
sekali lagi tak menerimanya.
Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit
ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.
Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa
yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan
Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata
bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima
Kamal Attartuk!"
Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."
Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum
muhasabah diri orang lain.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt.
Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan
manusia itu sendiri.
Wallahua'lam
Wassalam...
nuhibbukunna FILLAH...ameen
Wednesday, October 26, 2005