19 HADIS RASULULLAH SAW MENGENAI WANITA...
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w.
akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu
lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka
bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t.
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan
orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan
dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke
dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta
taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w.,
"Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang
ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu
yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan
atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,
maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu
dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
nuhibbukunna FILLAH...ameen
Tuesday, October 11, 2005