<!-- --><!-- --><style type="text/css">@import url(http://www2.blogger.com/css/navbar/classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/13562991?origin\x3dhttp://alfaiqah.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www2.blogger.com/navbar.g?blogID=10821235" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
YMonday, October 17, 2005
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh
isterinya. Beliau juga memerah susu kambing
untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada
makanan yang sudah siap di masak untuk
dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing
lengan bajunya untuk membantu isterinya di
dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula
kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah
baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya
tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada
sarapan ya Khumaira?"(Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah
menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada
apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas
berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini."
tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat
seorang suami memukul isterinya. Rasulullah
menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak
gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah
diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul
dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.
a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau
memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-
anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik dan lemah lembut
terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan
tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua
keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda
antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat
sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi
menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh
baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama
lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat
keadaan baginda itu langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang amat berat, tuan
sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan
segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-
olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin
engkau sedang sakit..." desak Umar penuh
cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat
jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain
yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-
bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan
lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan
mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda
menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku.
Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi
Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai
pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah
ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang
kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang
kelaparan di Akhirat kelak." Baginda pernah tanpa
rasa canggung sedikitpun makan di sebelah
seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi
hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan
penuh rasa kehambaan baginda membasuh
tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan
rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri
Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke
tuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa
lebih dari yang lain, ketika di depan ramai
mahupun dalam keseorangan.

Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk
baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu
sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran
kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya
sudah tidak mampu menanggung kemahuan
jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh
Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau
masih bersusah payah begini?" Jawab baginda
dengan lunak,

"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-
Nya yang bersyukur."




nuhibbukunna FILLAH...ameen
Monday, October 17, 2005







alfaiqah.blogspot.com

...kerana taqwa itu di hati

Y Faiqah

Name:alfaiqah
DOB:10 june 2005



Y Interest

Allah ghayatuna.
Rasulullah qudwatuna.
Al Quran dusturuna.
Al-Jihadu Sabiluna.
Al - Mautu Fisabilillah Asma 'amanina

Y hiwar

here.

Y Links

Y Past

Y Credits